Isnin, 17 Oktober 2011

Hepi Besday Jannah

Gambar ni diambil masa besday Jannah baru2 nie 20.8.2011 sempena ulangtahun pertama kelahiran cahaya mataku. Bukan main sibuk lagi Jannah aritu maklumlah ramai diantara tetamu jemputan aku terdiri daripada anak2 member sekerja ku yg kecil2 lagi, Jannah selaku tuan rumah apalagi duk buat sibuk ler maklumlah arinikan arijadi dia.

Jannah sayang sori yer ibu x sempat beli kan hadiah buat adik, tapi InsyaAllah ibu kan tunaikan jugak niat di hati ibu untuk belikan Jannah sesuatu yg istimewa sempena harijadi pertama adik.
Walaupun majlis ni dibuat pada bulan puasa, meriahnya tetap ada dengan kedatangan kawan2 sekerja n jugak jiran2 sebelah rumah membuat kan majlis Jannah semakin meriah, x tau nak buat persiapan apa untuk makan2 last2 aku ngam hubby berpakat untuk mengadakan bbq, so apalagi terus aku ke pasaraya untuk membeli ayam dan bahan2 untuk membuat rempah bbq.
Nasib baik ramai yg ringan tulang dan sudi untuk membakar ayam2 nie kalau tak jenuh lah hubby ku sorang2 duk membakar ayam2 nie. Dah rasa terajin sangat aku nie pagi2 lagi aku bangun terus siapkan cupcake harijadi Jannah untuk dijamukan pada tetamu nasib baik siap jugak cupcake aku dalam 60biji.... Perhhhhhh penat usah kira lah tapi berbaloi sebab but sendiri untuk yang tersayang.

Dalam duk sibuk2 buat cupcake pg tuh teringat lah yang Jannah perlu pergi ke klinik besok untuk suntikan satu tahun, Alamakkkk time camni ler teringat lah plak, bulan lepas nurse2 kat klinik kesihatan Sura dah saound kat ibu Jannah " nanti boleh ar baby Jannah bawak kek untuk nurse yer" teringat jer kata2 nurse tu terus aku simpankan 12 biji cupcake untuk dibawa ke klinik Kesihatan Sura besoknya, nasib baik ler teringat ader gak rezeki untuk nurse2 tuh nanti.

Untuk Baby Jannah SELMAT HARI JADI sayang, semoga adik menjadi seorang yang berguna pada ibu dan bapa serta taat kepada perintah Allah S.W.T ibu dab papa juga doakan semoga adik menjadi seorang yg berjaya dunia dan akirat Amin.......

Selasa, 26 Julai 2011


Setelah sekian lama aku sendiri pun tidak sempat membuka blog aku, padahal niat dihati mmg ingin sentiasa mengupdate blog nie, namun keterbatasan waktu membuatkan aku tiada masa untuk sentiasa mengupdate blog nie. Tidak lama lagi Jannah akan berumur satu tahun, teringin rasanya nak buat majlis harijadi untuk Jannah tapi sayangnya harijadi Jannah jatuh pada bulan puasa, maklum lah aku kan bersalin pada bulan puasa, Ntah macam mana eh, aku n papa dia pun pening nak pikir boley ke buat harijadi pada bulan puasa, macam tak sesuai jer, tapi aku ingat nak buat selepas sembahyang terawih kot, alah cuma wat utk family jer, buat kecik2 pun jadi lah, asalkan dapat sambut harijadi Jannah yg ke Satu tahun pada 20.8.2011 nie. Ok tak? Mmmm nanti lah aku berbincang ngam mertua n mak2 sedaranya pulak.

Rabu, 16 Mac 2011

Sedikit Kesempatan Yang Ada...

Hmmm dah lama sangat rasa nya aku tidak menulis dlm blog nie, bukannya apa kesibukan mengatasi segalanya :) nie pun dah banyak sangat resipi dan gambar2 yg belum sempat diupload kan didalam blog nie. Hari nie hujan lebat sangat2, dari pagi sampai lah ke petang adoiii susah betul nak bergerak, g lunch pun terpaksa redah hujan nak wat camner perut doh berkeroncong minta diisi. Balik lunch singgah jap jengok anak kat umah pengasuh, katanya anak deman, kesian kat Jannah terpaksa makan 2 jenis ubat deman dan selsema. Mmmm aku berdoa pada Allah S.W.T semoga anak ku cepat sembuh dari deman.