Isnin, 10 September 2012

Melancong Ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu


 Our Moment Again....

Lalalalala, nok citer2 lagi lah jom kengkawan skrol sampai bawah hehehehe....

Me At Muziun Sabah


Nie kita nok citer pasal aku g melancong ke Sabah, tahun  tahun 2007, tapi Sabah tetap di hati bah, Sememannya menakjukkan melancong ke Sabah tidak terduga apabila dipelawa oleh Gerakan Belia 4B(M) Kawasan Dungun untuk turut serta, tidak teragak-agak daku menjawab Yes I Do... hehehehe. Pertama kali menjejakkan kaki ke Sabah, membuatkan daku begitu teruja sekali yelah selama nie hanya dengar2 cerita dari kawan2 jer, now dah boley rasa sendiri.

Betapa agung nya ciptaan Ilahi, sunguh2 cantik pemandangan di Sabah, kami dibawa ke Kaki "Gunung Kinabalu" yang mana jarak dari hotel kami memakan masa selama beberapa jam jugak lah, but kami dapat melihat pemandangan yang cantik serta mempesonakan kami juga dibawa ke "Hot Spring" nama tempat nya aku dah lupa nice sangat2 siap kami bermandi manda lagi disana, kami juga dibawa ke muzium kesenian Sabah dan ada lagi tempat2  menarik yg lain (aku pong dah lupa apa nama nyer hanya gambar sajer yg menjadi kenangan) kami merasa sungguh seronak berada di Sabah dan teruja lagi ingin kambali kesini.

Kami ditempatkan di Sabah Oriental hotel kalau tak silap namanya, ianya terletak betul2 di tengah2 bandar, menakjukkan kami hanya perlu berjalan  untuk ke "Pasar Filipine" disana kita dapat shoping cenderahati untuk dibawa pulang Semenanjung Malaysia,  barang2 nya seperti
ikan terubuk (difahamkan tidak hanya di Sarawak, di sabah juga terdapat ikan terubuk ini), Kuih Cincin, Kek Lapis (walaupun tidak sebanyak di Sarawak kata touris guard) dan apa yang penting kita dapat membeli Mutiara, ya Mutiara suka nya daku kerana dapat membeli mutiara dengan harga yang berpatutan, tapi kata touris guard jaga2 dengan mutiara yg tidak asli, kerana kamu biasa ditipu jika kamu tidak berhati-hati katanya.


Time to shoping, daku membeli set Mutiara terdiri daripada Rantai, Gelang, Cincin, Keronsang, Butang Baju Melayu dan sebaginya untuk dibawa pulang sebagai ole-ole. Sesungguh nya makanan disini memang terbaik ini kerana kami seringkali disajikan dengan pelbagai makanan lauk a.k.a seafood, yang sungguh sedap dan begitu menyelerakan yum..yum..yum..  rindu untuk ke Sabah lagi, dan sudah berjanji dengan E.hubby supaya dibawa honeymoon kesini.

Sabah kita jumpa lagi next time InsyaAllah...

 Bergambar Di kaki Gunung Kinabalu (bersama orang2 kuat Belia 4B)


  Gambar Kenangan Di Dalam Salah satu Rumah Tradisional Sabah ( yg tunjuk peace tu adalah touris guard kitaorg yg verry2 sporting)

Our moment Majlis Cukur Jambul Wan Ameerah Jannah



A’salam all, pe kabar today x der per2 nak diceritakan so aper kata kita ungkit citer lama skit, ala citer pasal cukur jambul my little baby ler saper lagi “Litte Amoi Wan Ameerah Jannah Binti Wan Azmadi” lah, sebenarnya aku sendiri pong kurang arif dengan acara Majlis Cukur Jambul nie, but ibu mertua dan kaum keluarga yang lain beriya-iya menjayakan majlis nie, mengikut pemahaman aku ler, majlis ini diadakan bagi meraikan si bayi yg baru lahir serta memotong atau membotakkan terus rambut bayi tersebut supaya bayi tersebut terhindar dari penyakit.


Menerusi cukur jambul juga, ia dapat membersihkan kekotoran pada rambut dimana rambut tersebut dipotong atau dibotakkan terus (bergantung kepada ibu bapa)  kerana selama 9 bulan bayi kita berada di dalam perut dan hikmahnya sudah tentulah memperoleh keberkatan agar bayi tersebut membesar dengan sihat Allahwualan… Juga menzahirkan kesyukuran kepada Allah atas cahaya mata yang dikurniakan dan pada masa yang sama berkongsi rasa gembira bersama semua orang


Ntah tu yang aku tahu ler serba sedikit betul atau tidak terpulang pada pemikiran dan pemahaman masing2


So, aritu aku dan en.hubby menjemput makcik2 surau Kg.Nibong untuk Marhaban dan Berzanji serta  melaksanakan acara cukur jambul tersebut, makcik2 nie betul2 frienly terima kasih Geng2 Surau Kg.Nibong sebab sudi datang ke Majlis kami yang dok seberapa ini hehehehehe... tapi yang kelakar nyer makcik2 nie siap pesan lagi supaya menjemput lagi mereka pada majlis2 akan datang (*terpikira aku sambil tersenyum, adakah aku kena bersalin tiap2 tahun aduhhh jenuh ler nanti :) apa2 pun itu urusan Allah S.W.T dan aku tidak akan menolak sedikit pun rezeki dan anugerah yg akan diberikan oleh Nya, amin.,.amin


Opp terima kasih pada saudara mara n kawan2 yg datang dan sudi membantu kami, Insyaallah diberikan rezeki pada kami, kami akan adakan lagi majlis seperti ini.


Wassalam.....
 


Jom kita tengok gambar nie :-






Gambar jannah di atas pangkuan ibu

Acara mencukur jambul dimulakan

Makcik2 nie sedang Marhaban dan Berzanji


Makcik2 sporting sedang Menjamu Selera dengan "Nasi Dagang Mok Ngoh Jangga" yang pemes sesangat tuh ( memang sedap sangat pong nasi dagang nie )


Inilah diantara barang2 yang diperlukan semasa Majlis Cukur Jambul diadakan 

  • Gunting Kecil
  • Kelapa Muda 
  • Bunga Rampai
  • Tepung pulut (yg dibancuh bersama air menjadi doh spt di atas)
  • 7 Helai Kain Batik (untuk melapik bayi)

Ahad, 9 September 2012

Open House Lagi At Jabatan Penguatkuasaan MPD

Hai Uall,

Today kiter cite pasal open house lagi k, arini open house kat Pejabat aku plok, Jabatan Pelesenan Dan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Dungun, oleh kerana open house nie last minit punya plan makanan pun ala kadar jer lah jawabnyer, menu kita arini ialah :

1.Laksa Terengganu Kuah Masak & Laksa Kuih Putih (order)
2.Nasi Kapit *(Himpit) & Kuah Kacang (nie pun aku buat sendiri k)
3.Sate Ayam (budak sarah n hunny nya yg buat)
4.Serunding Daging ( aku buat sendiri tau, nanti aku bg resipi kat hangpa2 k)
5.Kuih muih, Biskut Raya, Caremel, Puding dan segala jenis tok nenek yg manis2 semua ada)
6.Air Sirap (air yg sedap aku buat khas utk uall hehehe lawak der... sedap ker sirap aku nie?)
 
 ini adalah sebahagian kecil gambar kitaorg k, kita ber open house arini dengan memakai baju uniform jer sob..sob..sob.. sedih x dapat pakai baju raya yg tergantung kat almari tuh
(Gambar Ehsan Dak Sarah)


posing lu jap


Abaikan gambar saye yg sedang makan sate itu hehehehe...


Every year mesti daku n the geng buat makan2 nie, sajer suka suki penat tapi berbaloi, semalam kul 3.00pg baru tido tau penangan rendang punya pasal ler nie, petang tu daku dah siap kan 4 biji kek dua antara nya Dik Da yang bakarkan kek mentega dan kek sarang semut walahhh.... sedap kalau korang dok cayer cuba lah try resipi yg daku bagi tu senang dan cukup2 simple k. 

Bye.....daku nak menyimpan-nyimpan jap segala kejadah barang2 nie untuk dibawa balik.
 

Khamis, 6 September 2012

Percutian Ke Taman Tema Genting Highland

Hai uall, 
Today kita nok citer2 skit pasal tempat peraginan peberet kami sekeluarga iaitu Taman Tema Genting Highland, masuk nie dah 5 kali kedatangan aku ke Taman Tema ini, serius aku memang suka datang sini sebab suasana nya yang nyaman serta pemandangan yang cantik terutama apabila kabus tebal meyelubungi kawasan sekitar serasa seolah-olah berada di negara mat salleh *(luar negara ler hehehehe)


So, pada 31.5.2012 yang lalu aku n the geng pong gerak dari Dungun ke Genting Highland perjalanan mengambil masa lebih kurang 5-6jam oleh kerana kami mepunyai anak kecil dan sering berhenti rehat dan minum2 di RR jadi perjalanannya sedikit mengambil masa. Bagi aku jika ibu bapa ingin membawa anak melancong pilihan untuk ke Genting Highland adalah pilihan yang agak tepat dan bersesuaian. 


Sayang sekali sewaktu kami kesana banyak mainan nya "Under Construction" frust ler skit dah ler waktu tu musim cuti sekolah mainan plok banyak yg kena servis, jadinya setiap satu permainan berduyun dayang yang menunggu, aduh ler letih mak nok nunggu okies, so tengok jer lah Jannah pun x mau main coz tertalu ramai org berhimpit-himpit antara satu sama lain, dalam hati cakap lenkali aku mai time bukan cuti sekolah senang org pong dok ramai maner sangat hehehehe, apa2 pun kami tetap seronak disini. so sini aku upload kan skit gambar kenangan semasa kesana baru2 nie.

 me, baby jannah n papa


 jannah tangah maman coklat yg dibeli didalam rumah coklat


Mok da yang ikut serta ngam kami (adik aku ler ni yg bongsu pompuan)

Me, Jannah  & Mok Da

Papa tengah duk main tikam itik (hampes kali ni hanya dapat patung yg kecil2 jer)

 dapat juga jannah menaiki buai setelah penat beratur


Isnin, 3 September 2012

Open House Majlis Perbandaran Dungun

Assalamualaikum,

Dum…dum…dum bunyi mercun hisk nyanyi2 ler plok arini hepi ler nie, today kat opis aku ader open house jom ar mai at Majlis Perbandaran Dungun.  Cam biasa  pagi mesti ar sesi bergambar tu perkara wajid tau  bagi kitaorg nie bukan aper harap Majlis macam nie lah korang nok tengok kitaotg pakai baju Melayu & berbaju Kurung penuh sopan dan santun tertib ternin kalau tidak tiap2 ari duk sarung kan Uniform kerja.

Sini aku upload kan kan gambar2 kitaorg yg raya2 sakan sebelum open house tuh bermula

pic kitaorg dalam opis

 lalalalala......

lagi dan lagi hehehehe