Semalam balik jer kerja, terus ke dapur, jengok dalam peti ais ada mini popia yg dibuat hujung minggu lepas masih belum digoreng2 lagi. Before tunggu hubby balik siapkan air n goreng jer mini popia tuh.... Mmm petang2 cam gini sedap gak pekena mini popia nie ngam air sarsi.. Hubby apa lagi balik kerja terus jer duk mengadap mini popia ni, tapi yg hubby punya inti sardin aku punya serunding daging, bukan apa, mmg hubby x makan daging nak wak camner.... Jom kita tengok gambar mini popia aku yang x seberapa nie.
Nak Tau Cara2 Buat Mini Popia Ni Senang Jer
Bahan2 Nya :
a) Kulit Popia ( yg boleh dibeli di mana2 pasaraya )
b) Serunding Daging ( yg boleh dibeli di pasar )
c) Ikan Sardin ( Cara2nya guna satu tin kecil ikan sardin, kemudian masukkan lada dan bawang yg telah dimesin, gula, garam dan ajinomoto secukup rasa ) lepas itu gorengkan dia sehingga menjadi kering spt sambal ikan & sambal daging.
d) Kuning Telur 1 biji
Cara2 Nya :
a) Kulit popia hendaklah dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil ( ikut suka saiz yg dikehendaki )
b) Kemudian gulungkan kulit popia tersebut bersama inti
c) Sapukan kuning telur agar bahagian hadapan kulit popia ini tertutup
d) Akhir sekali gorengkan dengan menggunakan api yg perlahan supaya popia kita tadi tidak menjadi hangus.
So, kalau ader kengkawan yg rajin boleh lah membuat nya sendiri di rumah....
Selamat Mencuba.
CERITERA KITA - Makna perkataan ceritara yang dipetik dari Kamus Dewan adalah sama dengan perkataan cerita. Tiga makna yg terkandung dalam cerita iaitu 1.kisah, riwayat - mengenai sesuatu peristiwa @ kejadian. 2.karangan atau lakonan yg betul terjadi atau rekaan. 3.kiasan utk cakap kosong, kata2 yg tiada kebenaranya.
Khamis, 29 Julai 2010
Ahad, 25 Julai 2010
Menunggu Masa Menyambut Kedatangan Cahaya Mata Yang Pertama
Mmmmmm skarang nie tengah duk tunggu2 masa bagi menyambut baby pertama kami, tak sabar rasa nya menunggu saat tu. Ari nie katPejabat pun baby duk asyik nendang perut ibu jer, kesian kat ibu, mungkin baby x sabor2 nak kuar jumpa papa ngam ibu dier kot hehehehehe.......
Ibu ngam Papa pun mmg x sabor2 tunggu kedatangan baby dalam family kita nie.
Ibu ngam Papa pun mmg x sabor2 tunggu kedatangan baby dalam family kita nie.
Khamis, 22 Julai 2010
Duk Tengah Tercari2
Mentang2lah dah ader blog, jari2 nie duk asyik nok menaip jer, bukan aper cuma masih lagi jahil ngam blog nie, masih banyok lagi yg kena pelajori dan tengoh tercari2 apa yang nok dibuat, bukan nya takdok keje, keje tengoh banyok tapi saje nok rest kan diri maklumlah arinie kan ari kamis, esok cuti bagi negeri2 di pantai timur, jadinya sebelum punchcard kul 3.30 nanti baik duk godek2 laptop nie dulu leh lah pelajari skit sebanyak tentang blog nie.....
Langgan:
Catatan (Atom)