Khamis, 29 Julai 2010

Mini Popia

Semalam balik jer kerja, terus ke dapur, jengok dalam peti ais ada mini popia yg dibuat hujung minggu lepas masih belum digoreng2 lagi. Before tunggu hubby balik siapkan air n goreng jer mini popia tuh.... Mmm petang2 cam gini sedap gak pekena mini popia nie ngam air sarsi.. Hubby apa lagi balik kerja terus jer duk mengadap mini popia ni, tapi yg hubby punya inti sardin aku punya serunding daging, bukan apa, mmg hubby x makan daging nak wak camner.... Jom kita tengok gambar mini popia aku yang x seberapa nie.

Nak Tau Cara2 Buat Mini Popia Ni Senang Jer

Bahan2 Nya :
a) Kulit Popia ( yg boleh dibeli di mana2 pasaraya )
b) Serunding Daging ( yg boleh dibeli di pasar )
c) Ikan Sardin ( Cara2nya guna satu tin kecil ikan sardin, kemudian masukkan lada dan bawang yg telah dimesin, gula, garam dan ajinomoto secukup rasa ) lepas itu gorengkan dia sehingga menjadi kering spt sambal ikan & sambal daging.
d) Kuning Telur 1 biji

Cara2 Nya :
a) Kulit popia hendaklah dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil ( ikut suka saiz yg dikehendaki )
b) Kemudian gulungkan kulit popia tersebut bersama inti
c) Sapukan kuning telur agar bahagian hadapan kulit popia ini tertutup
d) Akhir sekali gorengkan dengan menggunakan api yg perlahan supaya popia kita tadi tidak menjadi hangus.

So, kalau ader kengkawan yg rajin boleh lah membuat nya sendiri di rumah....
Selamat Mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan