Isnin, 28 Jun 2021


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.........

Hari ni nok copy resepi2 jer yang jumpa & kenan dlm fb rakan2, bukan pelgiat deh, tapi gok dok tau nok simpan mana hilang sokmo resepi kalu letok sini boleh gok godek2 intai dlm ni kalu nok guna amik sini jer.

Acu boleh semua resepi rakan2 hok sedap2 tuh nok save sini, muga senang kita nok cari, kalu ada nama kita v credit kepda nama pemilik resepi tuh, kalu takdok kita mitok maaf lah sbb amik resepi deme2 simpan sini untuk rujukan kita bersama.

Ok kita mulakan dengan resepi :-


KUIH BEKANG TERENGGANU

Bekang
3 cawan tepung beras
2 cawan air sejuk
2 cawan air panas
2 biji telur
1 sudu teh garam halus
Kuah Bekang
3 cawan santan sederhana pekat
2 sudu besar tepung beras
1 ekor ikan selayang - di rebus & tumbuk isinya
1 biji bawang merah - di hiris halus
1/2 inci halia - di hiris halus
1/2 sudu teh halba
1 sudu teh garam @ secukup rasa

Cara2 Membuatnya :-

Bekang ~ Satukan semua bahan2 & kacau sebati. Tapiskan

Panaskan acuan bahulu. Kemudian, sapu sedikit minyak menggunakan daun pandan. Tuang adunan hingga penuh. Tutup dgn penutup periuk & masak di atas api sederhana kecil selama 5-7 minit atau sehingga atasnya kering & di bawahnya sedikit kekuningan

Cungkil bekang & keluarkan drp acuan. Buat hingga habis adunan. Setiap kali tuang adunan, kene sapu dgn minyak ye..

Kuah Bekang ~ Panaskan santan. Masukkan ikan selayang, tepung beras, garam, bawang, halia & halba. Kacau sentiasa hingga kuah agak pekat.

Hidangkan bekang bersama kuah. Bila nak makan, curah kuah ke atas bekang..sedia di nikmati..

*Credit Kepada Tuan Punya Resepi Asal


Tiada ulasan:

Catat Ulasan