Isnin, 10 September 2012

Melancong Ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu


 Our Moment Again....

Lalalalala, nok citer2 lagi lah jom kengkawan skrol sampai bawah hehehehe....

Me At Muziun Sabah


Nie kita nok citer pasal aku g melancong ke Sabah, tahun  tahun 2007, tapi Sabah tetap di hati bah, Sememannya menakjukkan melancong ke Sabah tidak terduga apabila dipelawa oleh Gerakan Belia 4B(M) Kawasan Dungun untuk turut serta, tidak teragak-agak daku menjawab Yes I Do... hehehehe. Pertama kali menjejakkan kaki ke Sabah, membuatkan daku begitu teruja sekali yelah selama nie hanya dengar2 cerita dari kawan2 jer, now dah boley rasa sendiri.

Betapa agung nya ciptaan Ilahi, sunguh2 cantik pemandangan di Sabah, kami dibawa ke Kaki "Gunung Kinabalu" yang mana jarak dari hotel kami memakan masa selama beberapa jam jugak lah, but kami dapat melihat pemandangan yang cantik serta mempesonakan kami juga dibawa ke "Hot Spring" nama tempat nya aku dah lupa nice sangat2 siap kami bermandi manda lagi disana, kami juga dibawa ke muzium kesenian Sabah dan ada lagi tempat2  menarik yg lain (aku pong dah lupa apa nama nyer hanya gambar sajer yg menjadi kenangan) kami merasa sungguh seronak berada di Sabah dan teruja lagi ingin kambali kesini.

Kami ditempatkan di Sabah Oriental hotel kalau tak silap namanya, ianya terletak betul2 di tengah2 bandar, menakjukkan kami hanya perlu berjalan  untuk ke "Pasar Filipine" disana kita dapat shoping cenderahati untuk dibawa pulang Semenanjung Malaysia,  barang2 nya seperti
ikan terubuk (difahamkan tidak hanya di Sarawak, di sabah juga terdapat ikan terubuk ini), Kuih Cincin, Kek Lapis (walaupun tidak sebanyak di Sarawak kata touris guard) dan apa yang penting kita dapat membeli Mutiara, ya Mutiara suka nya daku kerana dapat membeli mutiara dengan harga yang berpatutan, tapi kata touris guard jaga2 dengan mutiara yg tidak asli, kerana kamu biasa ditipu jika kamu tidak berhati-hati katanya.


Time to shoping, daku membeli set Mutiara terdiri daripada Rantai, Gelang, Cincin, Keronsang, Butang Baju Melayu dan sebaginya untuk dibawa pulang sebagai ole-ole. Sesungguh nya makanan disini memang terbaik ini kerana kami seringkali disajikan dengan pelbagai makanan lauk a.k.a seafood, yang sungguh sedap dan begitu menyelerakan yum..yum..yum..  rindu untuk ke Sabah lagi, dan sudah berjanji dengan E.hubby supaya dibawa honeymoon kesini.

Sabah kita jumpa lagi next time InsyaAllah...

 Bergambar Di kaki Gunung Kinabalu (bersama orang2 kuat Belia 4B)


  Gambar Kenangan Di Dalam Salah satu Rumah Tradisional Sabah ( yg tunjuk peace tu adalah touris guard kitaorg yg verry2 sporting)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan