Rabu, 18 Julai 2012

Masuk Mahkamah Kerana Saman JPJ :(

 Allhamdulilah..... Syukur terhadap ilahi atas limpah kurnia nya, pagi nie aku & En.Hubby doh rasa lega sangat2 sebab doh selesai kes saman JPJ aritu yg terpaksa aku ngam E. Hubby naik mahkamah. Seawal pagi kami suami isteri sudah bangun dan bersiap2 untuk ke mahkamah, sebelum tu sempat lagi aku g E-jari kat opis (En.Hubby bercuti inihari) n then g makan pagi ngam en. Hubby makan nasi lemak ikan aya yg sedap tuh kat "kedai Zaid". Aku sampai di Mahkamah Dungun dlm pukul 7.50pg awal siot,   ( Mahkamah Dungun nie terletak bersebelahan dengan opis aku jer pong  hehehehe staf deall pong semua makan kat kantin opis aku nie). Then kami terpaksa menunggu Pegawai Penguatkuasa JPJ mari untuk diserahkan surat saman tu, tunggu punya tunggu pah ceroh dok mari2 then Pegawai Polis yg amik surat2 saman yg sepatutnya diserahkan pada Pegawai JPJ tuh apa punya mutu perkhidmatan ntah diaorg nie, lepas tu kitaotg pong  masuk ke kamar mahkamah untuk perbicaraan dan menunggu kedatangan Tuan Majestrid sampai jer giliran En.Hubby dipanggil terus aku rasa berdebor yang amat kencang aduhlaerrr dia mai doh darah gemuruh padahal aku doh prepair nok jawab apa yg ditanya nanti, selesai jer pertuduhan En.Hubby terasa sangat2 kami nie bersalah padahal kesalahan kami hanyalah kerana "Memandu Tanpa Cukai Jalan Tamat Tempoh" jer macam mana lah perasaan org yg mmg betul2 melakukan kesalahan jenayah yg berat2 tuh dok takut kah mereka dengan hukuman yg bakal diterima???? Kami pong berdebor separuh mati doh nie hehehe Tapi sesungguh nya hari ni hari yg agak beruntung jugak coz kawan aku Emy yg kerja kat Mahkamah nie bagitau Tuan Majestrid yg membicarakn kes pada har ini seorang yang baik dan bertimbang rasa orangnya. Allhamdulilah betul seperti kata Emy tuh sememangnya Tuan Majestrid nie seperti yg digambarkan dan senang berkira En.Hubby dikenakan saman sebanyak RM170 dan aku plok hanya RM100.00 sahaja, Sebagai penama pemilik kenderaan, aku juga turut dikenakan denda kerana "Membenarkan Orang Lain Membawa Kenderaan Tanpa Cukai Jalan". Selesai sajer urusan pembayaran saman di kaunter pembayaran (kebetulan Emy yg jaga kaunter pembayaran arini) terus jer keluar dari perkarangan mahkamah n balik ke opis coz En.Hubby terpaksa masuk kerja lah plok. God, syukur Tuahan terasa sangat2 nyaman kerana semua sudah selesai, now nok g jalan2 jap nok Buang Sial pagi tadi hukhukhukhuk....

3 ulasan:

  1. hahaha celakak.. gi buang sial teruhhh~~~ :P

    BalasPadam
  2. Slm sis..nak tnye msa naik hadap dpan tuan hkim tu kna pgi naik brsama suami ker..sy penunggang org yg kna saman sbb Lkm tmt tmpoh dn tiada insuran.suami owner.kna naik skli ker dgn owner dpan hkim.

    BalasPadam
  3. Slm sis..nak tnye msa naik hadap dpan tuan hkim tu kna pgi naik brsama suami ker..sy penunggang org yg kna saman sbb Lkm tmt tmpoh dn tiada insuran.suami owner.kna naik skli ker dgn owner dpan hkim.

    BalasPadam