Isnin, 28 Jun 2021


 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.........


Ok arini kita share resipi BELUDA, aku makan kuih ni jak kecik lagi, lenim tua payoh doh nok jumpa kuih2 tradisonal ginim. Sorang sahabat kita ni dia ada share resepi beluda, so aku amik & simpan dalam blog ni supaya mudoh nok cari kekgi kalu nok buat. ni ada cerita dari sahabat kita katanya, beliau pun baru tergerak nak buat BELUDA kueh (roti) Terenggan ni dulu2 arwah bonda akan buat waktu malam dan awal pagi baru di bakar..adunan akan di letak didalam tin susu (yang dibasuh bersih untuk dijadikan acuan)..dikatakan ianya merupakan antara makanan istana dulu dulu... texturenya lebih kepada roti tetapi agak ringan..... Ni dia BELUDA..


BELUDA
1.
250 gm tepung gandum
500 ml air
1 pek mauripan
1 sudu makan gula pasir
(Campur semua dan biarkan naik)
2.
4 biji telur
500 gm tepung gandum
150 gm gula pasir
3.
70 ml susu cair/susu segar
30 gm butter
60 gm marjerin
30 gm minyak sapi..
Cara..
Apabila adunan 1 dah cukup naik masukkan telur..tepung gandum..gula..sebatikan...
Masukkan susu cair..butter..marjerin..minyak..sebatikan...(adunan agak pekat x macam adunan roti biasa..kak ja boleh kata mungkin MCM buat kueh jeput kot)
Masukkan doh dlm acuan tp jgn penuh..biarkan doh naik baru bakar...

*Credit kepada owner


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.........

Hari ni nok copy resepi2 jer yang jumpa & kenan dlm fb rakan2, bukan pelgiat deh, tapi gok dok tau nok simpan mana hilang sokmo resepi kalu letok sini boleh gok godek2 intai dlm ni kalu nok guna amik sini jer.

Acu boleh semua resepi rakan2 hok sedap2 tuh nok save sini, muga senang kita nok cari, kalu ada nama kita v credit kepda nama pemilik resepi tuh, kalu takdok kita mitok maaf lah sbb amik resepi deme2 simpan sini untuk rujukan kita bersama.

Ok kita mulakan dengan resepi :-


KUIH BEKANG TERENGGANU

Bekang
3 cawan tepung beras
2 cawan air sejuk
2 cawan air panas
2 biji telur
1 sudu teh garam halus
Kuah Bekang
3 cawan santan sederhana pekat
2 sudu besar tepung beras
1 ekor ikan selayang - di rebus & tumbuk isinya
1 biji bawang merah - di hiris halus
1/2 inci halia - di hiris halus
1/2 sudu teh halba
1 sudu teh garam @ secukup rasa

Cara2 Membuatnya :-

Bekang ~ Satukan semua bahan2 & kacau sebati. Tapiskan

Panaskan acuan bahulu. Kemudian, sapu sedikit minyak menggunakan daun pandan. Tuang adunan hingga penuh. Tutup dgn penutup periuk & masak di atas api sederhana kecil selama 5-7 minit atau sehingga atasnya kering & di bawahnya sedikit kekuningan

Cungkil bekang & keluarkan drp acuan. Buat hingga habis adunan. Setiap kali tuang adunan, kene sapu dgn minyak ye..

Kuah Bekang ~ Panaskan santan. Masukkan ikan selayang, tepung beras, garam, bawang, halia & halba. Kacau sentiasa hingga kuah agak pekat.

Hidangkan bekang bersama kuah. Bila nak makan, curah kuah ke atas bekang..sedia di nikmati..

*Credit Kepada Tuan Punya Resepi Asal


Rabu, 16 Jun 2021

 

Resepi Masakan

Haiii...haiii.....setelah sekian lama dok nulis arini rasa nok nulis, tu pun nok letok resepi2 jer kot sekurang2nya mudoh nok cari, ni gok hilang sokmo lah resepi jadi kita letok setempat r senang eh...

so resepi kita kali nie ialah :-


BUBUR LAMBUK TERENGGANU

 

resepi bubur lambuk :-

bahan- bahan

1. beras 1 pot (air 10 pot)

2. bawang merah 5biji (tumbuk)

3. bawang putih 3ulas (tumbuk)

4. halia  ½ inci (tumbuk)

5. Lada Hitam 1 sudu (tumbuk)

6. ikan selayang 1/2 kg ( kukus atau panggang) pastu tumbuk lumat.

7. santan rm 2 ( kalu kotok ½ kotok)

8 pucuk paku atau pucuk midin

9. daun kadok, daun kesum, daun kemangi

10. ubi steler , ubi keledek ( kupas n koyok kulit dia n potong kecik sedan)

11. nyor gula ( kerisik) rm1

12. budu agak2 padan nge beras yg di masak

13. perasa garam gula ajinamoto

cara buat

rebus beras sampai dia nampok beras tu sebijik2 n kembang dan masukkan sekali ubi steler yg di potong tadi supaya ubi tu masak sekali nge beras . bila dah kembang beras tu masukkan ikan yang di tumbuk -atau

kisar ke dalam periuk .. masukkan santan . lada hitam .masukkan bawang merah putih halia ke dalam periuk .. masukkan pucuk2 n daun yang dah di potong2 . nyor gula n budu sambil kacau tgk  agak2 semua masok tu letak la perasa.

Setting Dulu Apa Yang Patut


Assalamualaikum, alhamdullilah masih diberi kesempatan untuk menulis blog, aritu terbaca di FB penulis blog yang dari dulu lagi aku follow, katanya blog akan memadan semua catatan yang ada, aku pun kurang faham apa maksudnya, adakah pihak blogger akan menamatkan laman ini atau bagaimana. Tapi aku berharap apa yang aku baca tu tidak benar sama skali, kerana aku juga merupakan salah sorang yang masih lagi mencari info tak kira lah apa jenis info, masakan ke,kisam seram ke, apa2 aje mesti aku akan mencari dalam blog penulis2 yang ada.

Ok so arini kita dah boleh start letok resepi2 yang diambil dok kira lah dlm google ke fb ke hok sdiri ke, kita pakat kumpul letok sini untuk kegunaan sendiri sahaja.

So untuk mudah ingat, kita akan guna fon Arial size Sederhana tajuk kita guna size Terbesar dan guna Imbangkan supaya nampok comel sikit dok bolok sangat.

Selasa, 15 Jun 2021

 Assalamualaikum....


Haiii Gaiss i am back, nanti aku nulis balik deh, arini 15.6.2021 baru boleh buka blog nie, sejak lama peram dok inga ke password :) 

Selasa, 15 Oktober 2019

Detik ini, saat ini 15.10.2019 jam 4.20 petang...
Setelah bertahun2 tidak membuka dan menulis di dlm blog ni, akhir nya pada hari ini, aku amik kesempatan ini untuk menulis, menulis sesuatu yg aku sendiri pun dok tau apa yang patut ditulis.
Era intenet di hujung jari skarang ni membuatkan kita semakin malas, malas untuk menulis, membaca skali pun, hari ni blog ini dibuka setelah bertahun2 tersimpan kemas disebabkan kawan2 opis terjumpa @ tergoogle gambar2 raya di dlm blog aku, hahahaha klakor pun ada apabila melihat blog / penulisan aku yg terdahulu.

Insyaallah satu hari nanti aku akan mula kan balik menulis blog ni, walaupun bukan untuk bacaan sesiapa.

Selasa, 8 Disember 2015

Secret Garden By Johanna Basford

Assalamualaikum”......

Hari ni ai nak bercerita pasal hobi terbaru ai, skale duk asyik tulun little gurl Jannah duk mewarna, ni ngam ai skali dah terjebak loll... Semangat berkobar-kabar pas tengak kawan ai Venji duk upload "Secret Garden" dia tuh, terus ai pegi cari gak kat book store then ai jumpa buku tu n terus je beli.

Bermula lah sesi mewarna a.k.a cat mengecat buku colouring ni, wow memang best sebab ianya memerlukan ketelitian, ketekunan dan kesabaran semasa melakukanya. So far ai dah pun berjaya siapkan dua muka surat colouring book ni then akan cuba siapkan sebanyak yang mungkin coz ai nak framekan dan letak kat dalam bilik Jannah nanti insyaallah.

               inilah buku Secret Garden ai  dan model kecil kesayangan ai

So nanti ai update lagi tau perkembangan coloring book ai okies, bye ai nak cari resepi jap rasa cam nak buat Crimmpuff je. If ada resepi yang best nanti ai sertakan sekali ye bye......